Berpetualang Ke Aceh adalah sebuah buku novel sejarah yang mengaitkan kerajaan-kerajaan lama Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dengan perjuangan Islam di Nusantara juga dengan kemelut Sunni-Syiah dan pergolakan politik Islam yang tercetus selepas kemangkatan Saidina Ali, juga kemunculan keKhalifahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Seluruhnya akan berkait pula dengan warisan rahsia yang masih hidup melalui keSultanan Perak.

Buku ini digarap dari kacamata seorang pengembara Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ingin memahami perjalanan hidupnya yang sedikit pelik berserta mimpi-mimpi dan deja-vu demi mencari kebahagian sejati yang amat didamba-dambakan sekian lama. Lalu dia pun berkelana mencari jawaban di makam-makam lama, bermula di Perak, tempat-tempat lain sampailah ke Sumatera dan Aceh.

Lalu cerita yang terungkap juga melibatkan kaitan antara Raja-Raja Melayu, para wali Allah termasuk Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Jilani sampai ke perancangan Zionis untuk menakluki dunia, peristiwa dan perang akhir zaman, juga makna sejati Melayu yang telah sekian lama digelapkan penjajah.


Penulis: Radzi Sapiee
Penerbit: Wasilah Merah Silu Enterprise
Tebal Buku: 300 muka surat
Harga: RM 24.90